BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 13 February 2012

Valentine's Day


"14 Februari...." "so sweet.. x sbarnya nk celebrate dgn syg ak" "nk bgi ape ek kat hubby nnt" "nk celebrate kat mane ek nnt"..... Bila tiba tarikh keramat ni, msti ramai anak2 muda yg sedang asyik bcinta memikirkan apakah hadiah yg akan diberi kepada pasangannya, di mana kah tempat yg sesuai utk celebrate "Hari Kekasih" ni.. malah ada yg lagi advance " kat mane ye nk check in hotel dgn bby ak nnt".. Baby?? or nak buat baby? ish3.. nauzubillah.. semoga dijauhkan daripada perkara sedemikian.. 

Tidak kiralah sama ada mereka ini muslim or non-muslim, siapa yg tidak kuat pegangan aqidahnya, akan ternanti-nanti tarikh yg dianggap istimewa ini.. ISLAM ADALAH AGAMA BERKASIH SAYANG.. Dalam Islam tidak melarang umatnya untuk berkasih sayang.. Islam tidak menyambut hari berkasih sayang ini pada hari hari tertentu shj, tetapi Islam menganjurkan umatnya berkasih sayang setiap hari, setiap waktu, asalkan ia berlandaskan hukum syarak. Di dalam Islam, umatnya disuruh mendirikan solat 5 kali sehari untuk menunjukkan kasih sayang kita pada Allah. Jika tanggal 14 Februari ini ialah masa utk kita tunjukkan kasih syg kita pada org yg dikasihi, adakah baki hari sebanyak 364 itu bermakna kita tidak menyayangi mereka? Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam MENOLAK konsep yang terkandung di dalam Valentine's Day ini kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                                                             ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                       (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, kita sebagai masyarakat Islam sepatuttnya sedar bahawa perbuatan ini sama sekali dilarang di dalam Islam. Gejala ini jika tidak dibendung, akan merosakkan akidah dan generasi umat Islam.. 

0 comments: